|
Kelantan dan Exco Wanita
Kelantan, Kedah mempunyai anggota Exco wanita
Wan Aziz Mahmud
Thu | Mar 13, 08 | 5:33:26 pm MYT
KOTA BHARU, 13 Mac (Hrkh) -- Kini tidak lagi kedengaran PAS menyinsihkan golongan wanita. Sedangkan sebelum pilihan raya umum 2004, isu itu dijaja pemimpin Umno di seluruh negara.
Kecaknaan PAS kepada wanita lebih ketara lagi apabila dua Adun yang menang pada pilihan raya umum lalu dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri iaitu di Kelantan dan Kedah.
Di Kedah, Siti Aishah Ghazali yang menangi di Dun Merbau Pulas dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan.
Di Kelantan biar pun PAS sudah menguasai kerajaan negeri hampir 18 tahun lalu, kini wakil rakyat wanita turut disenaraikan sebagai anggota Exco selepas PAS dan KeADIlan menang besar pada pilihan raya 8 Mac lalu.
Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Beliau salah seorang daripada tiga anggota Exco baru Kelantan bagi penggal ke-12.
Ketika ditemui Wan Ubaidah tidak mahu mengecewakan harapan yang diberikan rakyat dan berusaha melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Saya bersyukur kerana muslimat diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Saya cukup terharu.
"InsyaAllah saya akan menggunakan peluang ini untuk mewakili kaum wanita bukan sahaja ahli PAS tetapi juga seluruh wanita Kelantan," katanya di sini.
Malam kelmarin beliau bersama 10 lagi anggota Exco serta Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah dan lafaz taat setia di hadapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Negeri.
Dua lagi anggota Exco baru iaitu Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Mohd Fadzli Hassan. Mereka menggantikan Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Zulkifli Mamat dan Ustaz Hassan Mohamood yang tidak dilantik semula.
Wan Ubaidah, 52 lebih mesra dengan panggilan 'Kak Ubai' di kalangan rakan-rakan dan penyokong PAS bukan tokoh asing di negeri ini.
Di peringkat PAS Pusat beliau merupakan Bendahari Dewan Muslimat manakala di peringkat kawasan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pengkalan Chepa.
Selain itu beliau juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Berkelulusan B Sc. Finance dari Universiti Southern Illinois, Amerika Syarikat dan MBA dari universiti sama. Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Akademik Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).
Pernah dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama dua penggal.
Pada pilihan raya umum lalu, Wan Ubaidah memenangi kerusi Dun Kijang tanpa bertanding setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuashati dengan bantahan dikemukakan PAS terhadap calon BN, Mustapha Ahmed berhubung kes muflis.
- http://www.harakahdaily.net
Channel: News & Politics
Uploaded: March 13, 2008 at 6:58 pm
Author: BukanLaguSetuju
Length: 00:51
Rating: N/A
Views: 1988
Tags: exco kelantan lah pak pas pilihanraya umno wanita
Video Comments
|
imrani77 (May 22, 2008 at 4:04 pm)
tahniah senator
britaniasky (March 29, 2008 at 10:57 pm)
Allahu akbar, kebaikan bersama Islam dan pendokongnya
palekbang (March 14, 2008 at 12:39 pm)
hidup perjuangan islam...!!! |
|
Subscribe to
"The Network Marketing Success
Ezine"
The network marketing ezine for distributors, leaders and
trainers working hard to build their business with
articles, blog, tips and tricks from people who have been
there done that.
Bonus: 8 Quality Audio Reports w/ Resell
Rights
|
Amazing Advertising
Tips
|
Blockbuster Cash
Secrets
|
|
Breakthrough Sales
Solutions
|
Clever Profit
Generating
Insights
|
|
Covert Product Selling
Principles
|
Customer Tested Buying
Triggers
|
|
Explosive Influence
Tactics
|
Extreme Persuasion
Strategies
|
We guarantee
your privacy! We will never share your email address,
period.
Simple opt out instructions
included with every communication.
If you don't like what we're
sharing with you, you can banish us...
forever!
Add your banner to this banner rotation. Check out the ad specials! Click here!
|